Monday 30 July 2012

7 Pesaing iPad

Kehadiran iPad baru mencetus fenomena malah mendapat sambutan luar dugaan diseluruh dunia. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih 3 Juta unit iPad telah dijual diseluruh dunia 



Layar Teknologi Retina serta sambungan 4G LTE ( Long Term Evolution) menjadi fungsi utama dalam tablet pintar ini. Walaupun mendapat sambutan dan ramai yang bermimpi mimpi memilikinya, ada beberapa tablet yang dianggap ancaman serius dan pesaing rapat iPad terbaru ini. 










Berikut disenaraikan tablet yang menjadi saingan iPad dari segi harga dan kebolehan teknologi yang dilaporkan.


1. Asus Padfone 
Gajet hebat ini adalah gabungan tablet dan telefon pintar. Tablet ini beroperasi dengan OS Android 4.0, layar Super Amoled qHD serta processor dual core Snapdragon S4.
















2. Samsung Galaxy Note 10.1 
Tablet ini juga mempunyai stylus S Pen untuk melakukan pelbagai fungsi menarik seperti mencatat atau mengedit gambar.
Spesifikasi Galaxy Note 10.1 seperti 
-layar resolusi 1280x800, 
-processor dual core Exynos 1, 2GHz
-kamera belakang 3 MP dan kamera depan 2 MP
-sistem operasi Android 4.0
-Wifi serta HSPA+


3. Toshiba Excite X10


Toshiba Excite X10 memiliki ketebalan 0.76 cm dengan berat 0.5 kilogram. Beratnya ini hanya lebih beberapa gram daripada Lenovo Idea Tab S2. Tablet ini dilengkapi dengan :

-prosesor T1oMAP 4330 dual core 1.2 GHz
-RAM 1 Gb 
-kamera belakang 5 MP dan kamera depan 1.3 MP 

4. Lenovo Idea Pad S2


Tablet ini memiliki keyboard dock yang boleh disatukan dengan senang ke rangka utamanya seperti Asus Transformer. Tablet ini dibekalkan dengan :

-kamera 5MP
-OS Android 4.0 
-Prosesor Dual Core




5. Asus Transformer Pad Infinity 700


Tablet ini termasuk tab android yang paling laris di pasaran ketika ini, dibekalkan dengan prosesor quad core Nvidia Tegra 31.6 GHz dan memori dalamannya tersedia dalam dua pilihan iatu 32 GB dan 64GB. Masih boleh ditambah slot Micro SD sehingga berkapasiti 32 GB 














6. LG Optimus Pad Lite 





Tablet ini menawarkan layar True HD IPS berukuran 8.9 inci dibekali dengan prosesor dual core Qualcomm 1.5 GHz dan kamera 8MP





7. Sony Tablet P

Tablet ini memiliki dua skrin masing-masing berukuran 5.5 inci dan tablet ini boleh dilipat. Seperti buku, ukurannya cukup kompak dan boleh diletakkan dalam saku

Sony P boleh menampilkan dua halaman berbeza di kedua skrin seperti dipakai membaca e-book. Sony P diperhebatkan dengan prosesor Nvidia Tegra 2, kamera depan dan belakang serta sambungan WiFi dan LTE.





Dipetik drpd Berita Harian
:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/7pesaingIPad/Article

0 comments:

Post a Comment